Category:Artificial Intelligence (AI)

Cara buat laporan program sekolah guna Canva AI kini menjadi pilihan guru kerana ia mudah, cepat dan profesional. Dengan menggunakan Canva, guru boleh mengisi laporan program secara digital, menyimpan dalam bentuk PDF dan mencetaknya untuk dokumentasi rasmi sekolah tanpa perlu borang manual.
Ciri-Ciri Utama Cara Buat Laporan Program Sekolah Guna Canva AI

Dengan dashboard e-report ini, guru dapat merekod maklumat program dengan lengkap dan mudah. Antara ciri-cirinya:
- Memuat naik gambar aktiviti sebagai bukti pelaksanaan program
- Logo Sekolah
Setiap laporan boleh memaparkan logo rasmi sekolah untuk kelihatan profesional. Guru boleh upload logo dari link berikut:https://freeimage.host - Nama Program
Ruang untuk guru mengisi nama program supaya laporan mudah dikenal pasti. - Tarikh Program
Tarikh boleh dipilih menggunakan kalendar interaktif, menjadikan penjadualan program lebih tepat. - Masa Program
Masa program dicatat dalam format 12 jam, memudahkan guru merekod waktu program berlangsung. - Tempat Program
Guru boleh memasukkan lokasi program untuk tujuan dokumentasi. - Objektif Program
Bahagian objektif membolehkan guru menyatakan matlamat program secara jelas. - Penerangan Aktiviti
Guru boleh menulis butiran aktiviti secara lengkap, memastikan laporan informatif dan mudah dirujuk pada masa depan. - Gambar Program
Fungsi Simpan dan Cetak PDF
Salah satu kelebihan e-report program sekolah ini adalah fungsi simpan dan cetak PDF. Guru boleh:
- Menyimpan laporan untuk rekod digital
- Mencetak laporan untuk dokumentasi rasmi
- Menggunakan template yang sama untuk pelbagai program
Kelebihan Menggunakan Dashboard E-Report
- Mesra pengguna: Semua guru boleh mengisi laporan walaupun kurang mahir IT.
- Profesional: Laporan lengkap dengan logo, objektif, dan penerangan aktiviti.
- Mudah diurus: Tarikh dan masa dipilih secara interaktif, mengurangkan kesilapan.
- Digital & efisien: Jimat masa dan kertas, semua laporan disimpan secara digital.
Cara membuat Laporan Program Sekolah Guna Canva AI
- Log masuk ke Canva

2.Pilih Icon Canva AI

3.Tulis Prompt tentang “Dashboard E-Report Program Sekolah”

4.Canva AI buat untuk kamu Dashboard dan tekan icon publish

5.Dashboard E-report program sudah publish dan copy link

6.Isi tentang program di E-report

7.Simpan PDF

Kesimpulan Cara Buat Laporan Program Sekolah Guna Canva AI
Dengan adanya dashboard e-report program, guru kini boleh fokus kepada pengurusan aktiviti program tanpa perlu risau tentang borang manual. Sistem ini bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga meningkatkan kualiti dokumentasi program sekolah.
Gunakan Canva AI untuk buat template e-report program hari ini dan nikmati kemudahan isi, simpan, dan cetak PDF dengan cepat dan profesional!
