Buat Lagu Raya Guna SUNO Free (Step-by-Step)

Illustration titled “Buat Lagu Raya Guna SUNO free” showing a family in traditional attire sitting on a sofa, singing with microphones around a table of festive snacks, with musical notes and Raya decorations in the background.

Buat lagu raya guna SUNO kini menjadi salah satu cara paling mudah dan kreatif untuk menghasilkan lagu raya versi sendiri menggunakan AI. Tanpa perlu tahu muzik, tanpa studio rakaman, dan tanpa penyanyi, anda masih boleh menghasilkan lagu raya lengkap dengan melodi, muzik, dan vokal hanya melalui prompt.

Dengan teknologi AI seperti SUNO, sesiapa sahaja boleh menjadi pencipta lagu raya. Artikel ini akan tunjukkan cara menghasilkan lagu raya dengan SUNO secara step-by-step, bermula daripada idea lirik sehinggalah lagu siap untuk dikongsi di TikTok, Reels, atau YouTube.

Kenapa Hasilkan Lagu Raya AI Dengan SUNO Sangat Menarik?

Infographic titled “Kenapa Hasilkan Lagu Raya AI Dengan SUNO Sangat Menarik?” showing four style options: classic P. Ramlee style, hip hop version, modern pop, and nasyid, with a SUNO AI icon in the center indicating multiple music style possibilities.

PePertama sekali, SUNO membolehkan anda menghasilkan lagu penuh hanya menggunakan arahan teks. Selain itu, anda boleh tentukan sendiri gaya lagu raya sama ada:

  • Lagu raya klasik macam P. Ramlee
  • Lagu raya moden pop
  • Lagu raya versi hip hop
  • Lagu raya versi nasyid
  • Lagu raya kelakar untuk content

Lebih menarik lagi, proses ini hanya ambil masa beberapa minit sahaja.

Step 1 – Sediakan Lirik Untuk Lagu Raya AI Anda

Sebelum masuk SUNO, anda perlu ada lirik dahulu. Lirik tak perlu terlalu kompleks. Contoh struktur mudah:

Verse 1
Balik kampung di pagi raya
Bersama keluarga tercinta

Chorus
Selamat hari raya, maaf zahir batin
Kita eratkan silaturahim

Tip penting: Lagi jelas tema lirik, lagi cantik hasil lagu dari SUNO.

Step 2 – Masuk Ke Laman Web SUNO

Pergi ke:
👉 https://suno.ai

Login menggunakan Google account anda.

Kemudian klik Create untuk mula hasilkan lagu.

Masuk Ke Laman Web SUNO

Step 3 – Guna Custom Song Untuk Hasilkan Lagu Raya AI

Untuk hasil yang lebih tepat:

  • Pilih Custom Mode
  • Masukkan lirik lagu raya anda di ruangan lirik
  • Di ruangan prompt style, masukkan arahan gaya muzik
Guna Custom Song Untuk Hasilkan Lagu Raya AI

Contoh:

Contoh:

Step 4 – Tulis Prompt Gaya Lagu Raya AI Yang Betul Dalam SUNO

Bahagian ini paling penting dalam proses menghasilkan lagu raya AI.

 Tulis Prompt Gaya Lagu Raya AI Yang Betul Dalam SUNO

Contoh prompt yang sangat berkesan:

Traditional Malaysian Hari Raya song, joyful, nostalgic, festive mood, traditional instruments like kompang and acoustic guitar, male and female vocal harmony, upbeat tempo

Jika nak gaya lain, boleh tukar:

  • modern pop hari raya song
  • funny hari raya song
  • nasyid style hari raya song

Prompt ini akan menentukan rasa lagu raya yang dihasilkan.

Step 5 – Generate Lagu Raya AI

Selepas masukkan lirik dan prompt:

 Generate Lagu Raya AI

Klik Generate dan tunggu lebih kurang 1–2 minit.

SUNO akan hasilkan:

  • Muzik
  • Melodi
  • Suara nyanyian
  • Struktur lagu lengkap

Semua automatik.

Step 6 – Dengar, Pilih dan Download Lagu

Dengar, Pilih dan Download Lagu

Biasanya SUNO akan bagi 2 versi lagu.

Dengar kedua-duanya dan pilih yang paling sedap. Kemudian anda boleh:

  • Download MP3
  • Jadikan background video raya
  • Guna untuk content media sosial

Hasil:

Idea Content Menarik Guna Lagu Raya AI Dari SUNO

Infographic titled “Idea Content Menarik Guna Lagu Raya AI dari SUNO” showing content ideas such as Raya greeting videos, balik kampung family videos, business greeting posts, TikTok Raya content, and creating a unique Raya song brand.

Selepas berjaya hasilkan lagu raya ini, anda boleh guna untuk:

  • Video ucapan raya
  • Video keluarga balik kampung
  • Video bisnes wish pelanggan
  • Content TikTok lagu raya versi sendiri
  • Lagu raya jenama sendiri

Ini memang nampak unik sebab orang lain guna lagu raya biasa, tapi anda guna lagu raya ciptaan sendiri.

Tips Supaya Lagu Raya AI Dari SUNO Kedengaran Lebih Sedap

Infographic titled “Tips Supaya Lagu Raya AI dari SUNO Kedengaran Lebih Sedap” with tips such as using emotional family-themed lyrics, specifying traditional instruments in the prompt, avoiding overly long lyrics, and generating multiple versions to choose the best one.

Selain itu, beberapa tips ini sangat membantu:

  • Gunakan lirik yang ada emosi kekeluargaan
  • Nyatakan instrumen tradisional dalam prompt
  • Elakkan lirik terlalu panjang
  • Cuba generate beberapa kali untuk dapat versi terbaik

Kadang-kadang versi kedua atau ketiga lagi sedap daripada yang pertama.

Kesimpulan

Menghasilkan lagu raya dengan SUNO sebenarnya sangat mudah walaupun anda langsung tiada latar belakang muzik. Dengan lirik yang ringkas dan prompt yang betul, anda boleh hasilkan lagu raya AI yang kedengaran profesional dalam masa beberapa minit sahaja.

Tahun ini, daripada guna lagu raya orang lain, apa kata hasilkan lagu raya versi anda sendiri menggunakan SUNO.

Selamat mencuba, dan selamat hari raya 🎶✨

Leave a Reply