Pengenalan

Gemini Create Music kini menjadi salah satu fungsi terbaru yang diperkenalkan oleh Google dalam Gemini, membolehkan pengguna menjana muzik atau lagu secara terus menggunakan teknologi AI bernama Lyria 3.
Fungsi ini mula dilancarkan secara berperingkat (roll-out) kepada pengguna Gemini dan memberikan pengalaman baru untuk menghasilkan muzik secara pantas hanya menggunakan arahan teks, gambar atau video.
Walaupun ciri ini masih dalam fasa beta, ia sudah cukup menarik untuk pengguna yang ingin bereksperimen dengan muzik AI tanpa perlu menggunakan software produksi yang kompleks.
Apa Itu Gemini Create Music (Lyria 3)?

Gemini Create Music ialah fungsi dalam aplikasi Gemini yang menggunakan model Lyria 3, iaitu teknologi penjanaan muzik daripada Google DeepMind.
Dengan hanya menaip idea seperti mood, genre, atau tema lagu. Gemini boleh menghasilkan trek muzik lengkap secara automatik termasuk:
- Muzik instrumental
- Lirik musik AI
- Artwork cover automatik
Semua lagu yang dihasilkan buat masa ini mempunyai durasi sekitar 30 saat sahaja. Fungsi ini direka lebih kepada ekspresi kreatif pantas, bukan untuk menggantikan produksi muzik profesional.
Adakah Lyria 3 Setanding Suno / Udio ?
Secara jujur, buat masa ini jawapannya belum.
Platform seperti Suno atau Udio masih lebih matang dari segi:
- Kepanjang lagu
- Kawalan muzik yang lebih mendalam
- Kualiti produksi profesional
Namun, kelebihan besar Gemini ialah integrasi terus dalam AI assistant. Anda boleh hasilkan muzik tanpa keluar dari chat. Ini menjadikan ia sangat mesra pengguna biasa dan beginner.
Perbezaan:
| Platform | Durasi output (asas) | Vokal & lirik | Input & penyesuaian |
| Gemini Create Music (Lyria 3) | 30 saat | Ya (instrumental + vokal + lirik) | Text + upload foto/video; boleh beri teks lirik sendiri dengan tag struktur |
| Suno | Hingga ~8 min (model v5 menurut sumber rasmi Suno hub) | Ya; sokong lirik & vokal | Prompt + custom lyrics; ada workflow Studio + stem/polish |
| Udio | 32s atau 2:10 per generation; boleh extend/remix/inpaint/edit | Ya; termasuk lirik (termasuk “Create a Song with Your Own Lyrics” dalam help center) | Ada operasi Create/Extend/Remix/Inpaint/Edit; credit system untuk iterasi |
Panduan: Cara Guna Gemini Create Music
Langkah 1
Semak menu dalam Gemini → cari pilihan “Create Music”

Langkah 2
Memasukkan Deskripsi Musik (Prompt)

Langkah 3:
Save Video/MP3.

Ciri Utama Gemini Create Music
Berikut ialah fungsi utama yang boleh anda gunakan sekarang:
1️⃣ Hasilkan Muzik Tanpa Lirik
Hanya beri arahan ringkas seperti:
“lofi relaxing music for study”
atau
“lagu happy untuk video travel”
Gemini akan menghasilkan lagu terus berdasarkan arahan tersebut.
Contoh:
Create a relaxing chill lofi music with soft piano, calm atmosphere, and peaceful mood. Suitable for studying or late night focus.
2️⃣ Boleh Hasilkan Lagu Dengan Lirik
Anda boleh pilih sama ada mahu:
- muzik tanpa vokal (instrumental)
- lagu lengkap dengan lirik
Contoh:
Create a cheerful pop song with upbeat rhythm and catchy melody. Include positive lyrics about friendship, happiness, and enjoying life.
3️⃣ Hasilkan Lagu Dengan Masukkan Lirik Sendiri
Jika anda ada idea lirik sendiri, boleh terus masukkan dan AI akan cuba menyesuaikan muzik dengan lirik tersebut.
Contoh:
Create a nasyid song in Bahasa Melayu with soft Islamic spiritual vibe.
Use gentle vocal harmonies, calm percussion, and emotional melody.
Lyrics theme: bersyukur kepada Allah, ketenangan hati, dan harapan.
Style: modern nasyid, peaceful, easy to sing, meaningful chorus.Lyrics:
[Verse 1]
Di pagi yang sunyi ku bersyukur lagi
Nikmat yang Kau beri tak terhitung ini[Chorus]
Ya Allah, pimpinlah jalanku
Dalam gelap Kau cahaya hidupku
Ku berserah penuh harapanku
Hanya pada-Mu tenang jiwaku
4️⃣ Generate Dari Gambar atau Video
Selain teks, pengguna juga boleh upload gambar atau video untuk dijadikan inspirasi lagu . AI akan membaca mood visual dan menghasilkan muzik yang sepadan.
1.Upload gambar
2.Taip prompt
Contoh:

Generate a soft emotional song in Bahasa Melayu based on this image.
Limitasi Penggunaan Gemini Create Music Buat Masa Sekarang
Walaupun menarik, ada beberapa kekangan yang perlu diketahui:
✔ Had durasi maksimum 30 saat
✔ Audio quality dan format eksport masih dalam fasa beta
✔ Tidak boleh meniru artis sebenar
✔ Hasil tidak setanding rakaman studio.
✔ Limits pada bilangan track yang boleh dijana
Ini bermaksud ia lebih sesuai untuk eksperimen, content sosial media atau idea awal lagu bukan produksi penuh.
Tip prompt engineering yang paling “return-on-effort”
- Mula dengan kata kerja seperti “write/compose/create”
- Nyatakan genre/instruments, dan tambah konteks subjek/setting.
- Nyatakan “ingredient” yang lebih terperinci: genre/era, tempo/rhythm, instruments, butiran vokal (jantina/timbre/range),
- Strategi lirik termasuk tag struktur serta teks lirik sendiri.
Siapa Yang Sesuai Guna Feature Ini?
Gemini Create Music sangat sesuai untuk:
- Content creator media sosial
- Pelajar buat presentation atau projek
- Pengguna yang suka eksperimen dengan muzik AI
- Idea demo lagu dengan cepat
Jika anda hanya mahu “quick music idea”, ini memang menarik untuk dicuba.
Kesimpulan
Kemunculan Gemini Create Music menunjukkan Google sedang serius membawa AI ke arah kreativiti harian pengguna. Walaupun Lyria 3 masih belum mampu menandingi platform AI muzik khusus, ia sudah memberikan pengalaman yang mudah, pantas dan menyeronokkan untuk menghasilkan lagu pendek secara automatik.
Ini mungkin hanya permulaan dan besar kemungkinan kita akan melihat versi yang lebih advanced pada masa akan datang.
Kalau artikel ini bermanfaat, boleh share link artikel dengan orang lain ya 👍
