Panduan Hasilkan Gambar Produk berkualiti Menggunakan AI

Pengenalan

Dalam dunia perniagaan digital hari ini, gambar produk berkualiti menggunakan AI bukan lagi sekadar pilihan, ia sudah menjadi keperluan. Visual yang cantik membantu menarik perhatian pelanggan, meningkatkan kepercayaan, dan seterusnya mendorong jualan. Namun ramai peniaga menghadapi kekangan seperti tiada kamera mahal, tiada skil design, atau tiada masa untuk sesi photoshoot.

Dengan kecerdasan buatan (AI), semua itu kini boleh dilakukan dengan lebih mudah. Anda hanya perlukan gambar raw produk, aplikasi AI yang sesuai, dan prompt yang tepat. Panduan ini akan menerangkan langkah demi langkah untuk hasilkan visual produk berkualiti tinggi, termasuk pelbagai variasi penggunaan untuk semua jenis produk.

1. Sediakan Gambar Produk (Untuk di upload sekali bersama dengan prompt)

Gambar yang ringkas pun sudah memadai. Pastikan:

  • produk jelas
  • tidak blur
  • cahaya minimum memadai
  • background neutral

AI kini boleh memperbaikinya dengan:
✔ tambah lighting
✔ bersihkan background
✔ tambah suasana (kafe, dapur, studio)
✔ buatkan gambar lebih premium

2. Upload Gambar Ke Aplikasi AI

Beberapa platform AI popular:

  • Gemini — terbaik untuk gaya cinematic & portrait
  • ChatGPT Images / Vision — sesuai untuk editing dan storytelling visual

Pilih berdasarkan gaya brand anda.

3. Gunakan Prompt Yang Terperinci (Supaya Result Lebih Konsisten)


Contoh Prompt Untuk Menghasilkan Gambar Produk Berkualiti Menggunakan AI (boleh guna untuk apa-apa produk):

Character: [A middle-aged Malay woman in her early 50s with a heart-shaped face and expressive eyes, wearing a vibrant floral baju kurung and a pastel green headscarf. She has a warm but overdramatic persona.].

Action: Cinematic Dutch Angle, 85mm Portrait lens, Soft Window Light.

[A middle-aged Malay woman in her early 50s with a heart-shaped face and expressive eyeswearing a vibrant floral baju kurung and a pastel green headscarf. She has a warm but overdramatic persona.], 

holding (insert product here) close to her/him face with a look of intense shock and excitement in a rustic kampung kitchen/ minimalist studio / modern cafe.

a) Character boleh diganti mengikut citarasa anda:


Character Option 1 — Makcik High-Drama Kedai Runci[A cheerful Malay woman in her late 40s with a round friendly face, bold eyebrows, and dramatic expressions. Wearing a bright purple baju kurung with a colourful printed shawl. Persona: loud, overdramatic, and easily amazed.

Character Option 2 — Abang Hipster Cafe
[A stylish Malay man in his early 30s with a sharp jawline, neatly trimmed beard, and calm expressive eyes. Wearing a linen shirt, rolled sleeves, and a canvas apron. Persona: chill, artsy, hipster vibe.]

Character Option 3 — Kakak Office Elegance
[A classy Malay woman in her mid-30s with an oval face, soft makeup, and confident eyes. Wearing a pastel modern baju kurung with minimal gold accessories. Persona: elegant, poised, slightly dramatic.]

Character Option 4 — Pakcik Retro Kampung
[A friendly Malay uncle in his late 50s with a moustache, slightly tanned skin, and a nostalgic look. Wearing a classic batik shirt tucked into kain pelikat. Persona: warm, humorous, nostalgic kampung vibe.]

Character Option 5 — Gen Z Trendy Girl
[A fun Malay girl in her early 20s with a cute round face, expressive eyeliner, and colourful clips in her hijab. Wearing an oversized sweater and denim skirt. Persona: cheerful, quirky, TikTok energy.]

b) Produk boleh diganti mengikut bisnes anda (insert product):

Didalam contoh prompt diatas, anda boleh ganti bahagian produk mengikut bisnes anda:

  • a glass jar of green chili paste
  • a clear kuih raya jar
  • a nasi arab
  • a taufufah
  • a handmade canvas tote bag

Contoh-contoh Hasil Gambar Produk Berkualiti Menggunakan AI :

1.A glass jar of green chili paste

Before:

After:

2. A taufufah

Before:

After:

3. A handmade canvas tote bag

After:

After:

4. Teknik Visual Profesional Yang Menaikkan Kualiti Poster

Cinematic Dutch Angle

Memberikan drama dan movement pada visual.

Soft Window Lighting

Lighting yang paling cantik & natural.

85mm Portrait Lens Style

Menjadikan produk kelihatan mewah dan fokus.

Vibrant Social Media Style

Sesuai untuk IG, TikTok, Facebook Ads, Shopee.

Background Ikut Kategori Produk

Produk makanan → dapur rustic
Kosmetik → studio clean
Fashion → minimalist lifestyle

5. Variasi Penggunaan Untuk Pelbagai Jenis Produk

a) Makanan & Minuman

  • Sambal
  • Kuih raya
  • Kek & cookies
  • Coffee bottle

Gaya sesuai: warm tones, rustic kitchen.

b) Kosmetik & Beauty

  • toner
  • serum
  • lip matte

Gaya sesuai: clean, pinkish, studio white.

c) Fashion & Aksesori

  • scarf
  • bag
  • gelang handmade

Gaya sesuai: minimalist, modern, lifestyle shot.

d) Home & Lifestyle

  • lilin wangi
  • diffuser
  • home decor

Gaya sesuai: moody, cozy home studio.

e) Branding Diri Untuk Peniaga

  • “Meet the Founder”
  • “Thank You Poster”
  • “Handmade with Love”

AI boleh generate poster dengan karakter founder supaya brand lebih dipercayai.

Kesimpulan

AI memudahkan peniaga menghasilkan poster produk berkualiti tinggi tanpa perlu modal besar atau skil fotografi. Dengan hanya gambar raw dan prompt yang tepat, anda boleh hasilkan poster profesional yang menarik perhatian dan meningkatkan nilai visual brand anda.

Kini peniaga kecil pun boleh hasilkan visual bertaraf premium, cepat, mudah, dan mampu milik.

Credit & Rujukan Creator

Idea prompt, ilham visual dan diskusi asal diperoleh daripada perkongsian creator:
@danial.adzhar (Threads)
Terima kasih kepada komuniti creator yang berkongsi idea & contoh penggunaan teknik AI dalam visual produk.

Leave a Reply