Cara Betulkan AI Writing: 10 Tanda Content Nampak AI

Cara Betulkan AI Writing sekarang jadi topik penting, terutamanya bila makin ramai guna AI untuk tulis artikel, caption, email dan macam-macam lagi. Tapi ada satu masalah besar.

Tulisan nampak terlalu “AI”.

Bukan sebab salah. Tapi sebab dia terlalu perfect. Terlalu formal. Terlalu skema.

Kalau anda pernah baca sesuatu dan terus rasa, “ni mesti AI yang tulis”, anda sebenarnya dah nampak tanda-tandanya.

Jom kita tengok.

10 Tanda AI Writing Yang Anda Perlu Kenal

1. Terlalu banyak “—” (em dash)

Simbol ni memang jarang orang guna dalam percakapan biasa. Kalau terlalu banyak, terus nampak pelik.

2. Perkataan terlalu formal

Contoh macam delve, leverage, utilize.
Bunyi macam presentation korporat, bukan perbualan biasa.

3. Gaya ayat “bukan X, tapi Y”

Contoh: Ini bukan sekadar tool, ini adalah solusi.

Kadang-kadang ok. Tapi kalau selalu sangat, nampak dibuat-buat.

4. Terlalu suka list 3 benda

Semua benda nak jadi:

  • Mudah
  • Cepat
  • Efisien

Padahal tak perlu pun. Kadang 1 poin dah cukup.

5. Peralihan ayat kaku

Ayat macam:
Selain itu, seterusnya, tambahan pula…

Bunyi macam karangan sekolah.

6. Ayat pembukaan klise

Contoh:
Saya harap anda berada dalam keadaan sihat…

Jujur cakap, siapa guna ayat ni dalam chat harian?

7. Semua ayat sama panjang

Contoh:
Saya akan terus menggunakan AI untuk membantu kerja penulisan saya setiap hari.

Baca rasa flat. Tak ada rhythm.

Manusia tulis lain. Kadang pendek. Kadang panjang sikit.

8. Guna bullet point untuk benda santai

Contoh:
Hi, saya nak share beberapa perkara:

  • Saya dah tengok proposal anda
  • Saya berminat untuk proceed
  • Saya nak discuss next step

Terima kasih.

DM pun nak buat bullet point?

Terus rasa formal dan jauh.

9. Ulang kesimpulan

Contoh:
Content ni penting untuk bantu anda faham cara guna AI dengan betul.
Anda juga boleh elak kesalahan biasa dalam penulisan AI.

Secara keseluruhan, content ini membantu anda memahami cara guna AI dan elak kesalahan biasa.

Dah explain panjang. Lepas tu ulang balik benda sama di akhir.

Tak perlu pun.

10. Grammar perfect tapi tak ada “rasa”

Contoh:
Saya menggunakan AI untuk membantu dalam proses penulisan kandungan.
Ia membolehkan saya menghasilkan idea dengan lebih cepat dan efisien.
Selain itu, AI juga membantu meningkatkan produktiviti saya secara keseluruhan.

Ini paling obvious.

Betul semua. Tapi kosong. Tak ada suara.

Cara Betulkan AI Writing Dengan Prompt Simple

Kalau anda guna AI untuk tulis content, ini prompt yang boleh bantu bagi nampak lebih natural:

Prompt:

Keep the original meaning. Do not add new ideas.

Remove:
– em dash (—), guna titik atau koma
– perkataan formal (delve, leverage, utilize, dll)
– ayat “bukan X, tapi Y”
– list paksa (tak perlu 3 poin kalau tak perlu)
– transition kaku (moreover, furthermore, dll)
– ayat pembukaan klise
– bullet point untuk ayat santai
– ulang kesimpulan

Improve:
– campur ayat pendek, sederhana, panjang
– guna contraction (contoh: tak, je, etc)
– bagi ada “suara manusia”

Read it back in your head. Kalau bunyi macam LinkedIn post, rewrite.

Kenapa Cara Betulkan AI Writing Ini Penting?

Kalau content nampak terlalu AI:

Orang kurang percaya.
Kurang engage.
Kurang rasa connection.

Content yang bagus bukan sekadar betul.

Tapi rasa real.

Cara Betulkan AI Writing Supaya Lebih Natural

Sebelum post apa-apa, tanya diri sendiri:

“Kalau aku baca ni kuat-kuat, bunyi macam manusia ke… atau robot?”

Kalau rasa robot, tweak sikit.

Tak perlu ubah semua. Cukup bagi nampak natural.

Sekarang anda dah tahu tanda AI writing.
Next step, cuba apply pada content anda sendiri.

References

https://vt.tiktok.com/ZS9XxT5dL

Leave a Reply